NABI SULAIMAN
|
Nabi
Daud menjadi Raja Bani Israel hingga beliau mencapai usia lanjut.
Berkat cara pemerintahan yang adil dan bijaksana, maka
wujudlah keamanan, kemakmuran serta
kemajuan di dalam segala lapangan di seluruh daerah kerajaan dan dirasai
setiap warga
kerajaan. Kalau ada
kejadian kecil saja yang menimpa rakyat, maka rakyat selalu
memberitahukan kepada rajanya yang
adil itu. Kejadian itu dapat diurus
dengan segera oleh raja. Begitu pula kalau ada perselisihan antara
rakyat dengan rakyat,
tidak ada satu perselisihan pun yang
terjadi yang tak dapat diselesaikan oleh Nabi Daud, dengan cara yang
sebaik-baiknya dan
seadil-adilnya pula. Nabi Daud dalam
hidupnya diberkati oleh Allah dengan beberapa orang anak. Sulaimanlah
yang paling pintar
di antara anak-anak Nabi Daud itu.
Kerana melihat akan kemajuan fikiran Sulaiman itu, Nabi Daud mempunyai
kepercayaan penuh
akan mulianya hari depan Sulaiman;
sebab itu pendidikan kepadanya agak diistimewakan pula. Setiap
hari, Nabi Daud
menyelesaikan beberapa perkara dan
perselisihan antara rakyatnya, Sulaiman selalu berada disampingnya,
agar Sulaiman bertambah
jalan akal dan fikirannya dengan
melihat sebab perselisihan dan cara cara penyelesaiannya yang ditetapkan
oleh Raja Nabi Daud.
Sekalipun Sulaiman dikala itu boleh
dikatakan masih kecil, tetapi kerana kemajuan fikirannya yang luar
biasa, dia telah dapat
menangkap pelajaran dari apa yang
disaksikannya itu, sehingga bertambah ilmu pengetahuan dan hikmat
akalnya.Melihat kecekapan
dan keluarbiasaannya itu, maka Daud
telah menetapkan dalam hatinya, bahawa bila dia meninggal dunia nanti,
maka Sulaimanlah
yang akan menggantikannya menjadi
Raja Bani Israel. Kerana ketetapan fikiran inilah makanya Sulaiman
dididik demikian rupa,
setiap hari melihat dan menyaksikan
berbagai bagai perkara dan perselisihan yang diselesaikan oleh Nabi
Daud. Pada
suatu hari, ketika Nabi Daud dan
Sulaiman sedang duduk berdua, tiba tiba datang dua orang lelaki yang
bermasalah untuk minta
penyelesaian pula atas
permasalahannya itu. Dengan segera Nabi Daud memeriksa perkara kedua
orang itu dengan disaksikan oleh
Sulaiman. Seorang dari
kedua orang itu lalu berkata: Saya mempunyai sebidang kebun yang sedang
menghijau warnanya.
kerana suburnya tanaman yang saya
tanam di dalamnya, sehingga setiap orang yang melihat, akan gembira
riang memandangnya.
Tiba-tiba pada suatu hari, kebun itu
dimasuki oleh kambing kepunyaan orang ini, sehingga semua tanaman yang
sedang menghijau
itu habis seluruhnya dimakan atau
dirosakkan kambing itu. Setelah ditanyakan kepada orang yang
empunya kambing yang
didakwa itu, dia pun membenarkan
semua keterangan itu dengan tidak membantah sedikit pun. Hanya sekarang
kedua orang yang
bermasalah itu meminta ditetapkan
hukum apa yang harus dijalankan. Nabi Daud menetapkan penyelesaian
perkara ini, dengan mengambil
kambing itu sendiri dari tangan
orang yang empunya, lalu diserahkan kepada orang yang mempunya kebun,
sebagai ganti kerosakan
tanaman yang disebabkan oleh kambing
itu. Tetapi Sulaiman yang baru berumur sebelas tahun itu dengan segera berkata:
Penyelesaian cara begitu kurang tepat, ada cara yang lebih baik dan lebih adil.
Nabi Daud, kedua orang yang bermasalah
dan semua yang turut hadir
menyaksikan perkara itu, sama tercengang menyaksikan keberanian Sulaiman
dan menunggu-nunggu dengan
sabar, cara bagaimana penyelesaian
yang dianggap lebih baik oleh Sulaiman itu. Sulaiman lalu
berkata: "Lebih
baik kambing itu dipinjamkan kepada
orang yang punya kebun, dengan membolehkannya mengambil susunya, anak
anaknya dan bulunya.
Adapun kebun itu dipinjamkan kepada
orang yang punya kambing, dia diwajibkan menanaminya dengan tanaman yang
dirosaki kambingnya,
sehingga kembali sebagaimana sebelum
dirosaki; setelah itu kambing dikembalikan pula kepada yang empunya dan
kebun pun dikembalikan
pula kepada yang punya kebun. Inilah
penyelesaian yang lebih dekat kepada keadilan dan yang lebih sah
keputusannya dalam menghukum,
kata Sulaiman seterusnya.
Semua orang yang hadir dan juga orang yang bermasalah dan Nabi Daud
sendiri, sama mengakui
akan adilnya keputusan secara
demikian ini. Mereka mengagumi kebijaksanaan Sulaiman. Inilah tanda yang
pertama diperlihatkan
Tuhan pada diri Sulaiman, bahawa dia
seorang yang akan jadi Nabi dan Rasul sebagaimana bapanya dan dia
pulalah yang paling
layak menjadi raja, menggantikan
bapanya yang sudah tua itu.
|
|
|
0 komentar:
Posting Komentar